Wednesday 10 August 2011

Kisah NABI MUHAMMAD S.A.W dengan seorang pengemis buta


“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.


Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”
“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.
Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.


“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.
“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..

Wednesday 3 August 2011

KERANG BAKAR

petang tadi aku dan keluarga pergi kepasar binjai untuk melihat jualan kuih muih disana. dengar cerita tak kurang hebat jugak disana memandang bertambahnya penjual kuih muih dibulan ramadhan ni. petang hari aku pegi tu adalah hari ke3 puasa. sampai aje aku rasa semacam je keadaannya. dengan parking kereta yg berlambak2 masih kosong yg mana aku rasakan tak berapa meriah mana la keadaan disitu. tapi aku turun jugak dgn harapan dapat la aku melihat sendiri kuih muih yg nk aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. mungkin terlalu awal aku pergi, itu pasal orang masih kurang ramai (aku menyedapkan hati sendiri...)

sebaik saja aku turun terus aku masuk kepasar basah utk mencari ulam ulaman terlebih dulu sebelum meronda dikawasan kuih muih. dah selesai  membeli ulaman aku terus menerjah kekawasan kuih. habis satu round tanpa sebarang belian aku melangkah untuk kali kedua. bukan tak berkenan tapi agak terkejut dengan harga. last2 untuk mengelakkan kepenatan yg berganda aku beli la jugak serba sedikit juadah ptg tu. ambil syarat alang2 dah sampai kesana. akupun malas sangat la nk komen panjang2 pasal harga makanan ni. mahal2 pun beli jugak. lepas tu pot.. pet.. pot.. pet.. berleter. buat apa? menambahkan dosa. kalau rasa tk munasabah baik jgn beli. mcm org sebelah masa aku beli kerang bakar. aku dengar dia tanya harga pari bakar. RM7 dengan saiz sebesar tapak tangan orang dewasa, dibelah dua pulak tu... huhu.. korang bayang la sendiri..

ok lah tanpa memanjangkan lagi "kemerapuan" aku kali ini, aku nk ucapkan selamat berbuka puasa pada korang semua semoga ramadhan kali ini akan menambah lagi rezeki korang. jgn terlalu membazir. kalau syaitan sudah dibelenggu jangan la pulak kita jadi sebahagian dari sahabatnya... faham maksud aku kan?

wassalam..... jumpa lagi dilain waktu

Thursday 28 July 2011

KITA KALAH KERANA?

Korang tahu tak team malaysia kalah kerana apa? ini pendapat aku la. masing2 ada pendapat sendiri dan korang kena hormat pendapat aku. team m'sia kalah kerana beberapa sebab. antaranya sebab silap percaturan pemain. striker tiada backup yg paling ketara. midfield juga salah satu sebab yg ketara. dan yg
ketiga pertahanan yg terlalu memandang bola tetapi tidak memerhatikan pemain lawan.

aku juga hairan kenapa raja tidak memasukkan asyaari shamsudin, pemain ini boleh bertindak sebagai
backup striker. mungkin juga kerana tidak cergas atau faktor kecederaan aku taktau la. akan tetapi semua
nya sudah terlewat. keputusan rasmi sudah kita semua ketahui. kecederaan tonggak pertahanan juga
merupakan faktor kelonggaran barisan pertahanan.












tapi yg paling aku bangga sekali adalah kerana tiga orang pemain inilah yg membuat
permainan menjadi menarik. kunalan, safe sali dan khairul fahmi. kalau pengulas hj zainal mlm itu mengiktiraf
khairul fahmi sebagai pemain terbaik, tetapi aku memilih ketiga-tiga individu ini.



TANPA ADA KETIGA-TIGA PEMAIN INI PASTI KITA AKAN KALAH LEBIH TERUK......

Wednesday 27 July 2011

KISAH LAWAK RINGKAS

Kali ni aku malas nak menaip, aku just copy paste je dari blog orang, kalau korang nak
baca korang bacalah. kalo malas baik pegi tido... buat  membazir letrik je....



SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. 

---------------------------------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

--------------------------------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

-------------------------------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu! 

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

-------------------------------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah 

--------------------------------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil 

elektrik, api rumah aku dah kena potong! 

---------------------------------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

---------------------------------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

----------------------------------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

BAIK AKU TAK PAYAH LETAK

Assalamualaikum,

Hahaha…. Jumpa lagi diarena merapu ni…. Yg pertama sekali kalau korang menyampah dengar lagu kat blog aku ni korang ambil kapas dan sumbat la lubang telinga korang tu. Kalau nak elok lagi korang titik lilin cair kat telinga korang 15 minit sebelum korang buka blog ni hahaha…. Saja la kalau nk layan, korang on je la. Pasal tu la aku tak masukkan code untuk chatbox dlm blog ni. Aku dah tahu kalau ada chatbox, sure korang akan kutuk aku kow-kow punya hahaha…… biasa la orang Malaysia ni memang suka mengkritik (mengutuk la tu….) kalau utk membina aku boleh terima la. Tapi untuk kondem tu aku tak tahan. So, baik aku tak payah letak. Itulah tajuk artikel kali ini. BAIK AKU TAK PAYAH LETAK… hahaha chow dulu…. Jumpa lagi kalau aku rajin nak menaip…..
“pesan aku untuk kali ini, jangan abaikan solat 5 waktu….”
Babai….

Tuesday 26 July 2011

Ayam dan Bola



Ayam dan bola adalah dua benda berbeza, tapi dua2 aku suka hahaha..... suka makan dan suka main. akan tetapi bila aku tengok ayam selalu aku kejar. bukan benci tapi 
lebih kepada nak buat aksi pengkhianatan. ada jugak kadang2 aku dikejar ayam. masa tu aku masih kecil, haaa... sekarang aku dah besar cubalah kejar kalau berani... aku kejar balik dan akan aku gulai ahahah.......

sempena hampir tibanya bulan puasa ni akan lagi la byk
ayam ni kene sembelih. bila dah disembelih ada digulai
ada yg kena golek, ada yg kena rendang dan macam2 lg.
kepada korang semua dengar sini baik2. jangan sekali curi ayam masa main bola ataupun curi ayam ketua 
kampung hahaha.... ntah apa2 la aku merepek ni


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK